fb fb fb fb fb

Pendigitalan ekonomi, kaedah usahawan kekal relevan - KUSKOP

KUALA LUMPUR, 22 Disember- Pendigitalan ekonomi adalah fokus utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) demi pemulihan dan pembangunan ekonomi negara akan datang.

Menurut Timbalan Menteri KUSKOP, Saraswathy Kandasami, ia juga antara faktor asas dalam memastikan golongan usahawan baru untuk kekal relevan menjadikan ekonomi Malaysia stabil dan meningkat.

Tambahnya, penganjuran Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini, hasil inisiatif KUSKOP dalam memberi pendedahan lebih terbuka kepada komuniti tersebut.

"Jadi, tujuan konvensyen hari ini adalah untuk memberi satu semangat baru kepada penjaja dan juga untuk beri satu peluang kepada mereka untuk mengetahui bagaimana mereka boleh meningkatkan pendapatan.

Selain itu, mereka akan diberi pendedahan dalam meningkatkan pemasaran produk antaranya menerusi pendigitalan ekonomi," kata Saraswathy kepada pemberita RTM pada Program Bicarawara Khas tentang “Usahawan Pemangkin Pembangunan Negara” di Angkasapuri Kota Media.


(Timbalan Menteri KUSKOP, Saraswathy Kandasami dalam satu program temu bual di
radio MinnalFm, Angkasapuri)

Tambahnya, kaedah pemasaran lebih efektif diperlukan bagi merangsang momentum pertumbuhan seterusnya dalam memastikan negara sentiasa bersedia bagi menghadapi prospek ekonomi lebih mencabar pada tahun depan.

Justeru, individu yang berminat dalam menceburi bidang pendigitalan ekonomi disarankan untuk menjalani latihan di Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi mendalami pengetahuan lebih meluas.

Media Baharu