fb fb fb fb fb

Banjir: 222 PPS dibuka di Terengganu

KUALA LUMPUR, 22 Disember- Seramai 35,539 orang daripada 8,794 keluarga terjejas banjir di Terengganu setakat pukul 1.09 tengah hari tadi.

Menerusi portal InfoBencanaJKM, kesemua mereka ditempatkan di 222 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.

"Daripada angka berkenaan, 10,478 melibatkan lelaki dewasa dan 10,924 pula membabitkan perempuan dewasa, 5,300 kanak-kanak lelaki dan 4,791 kanak-kanak-kanak perempuan," katanya.


(kesemua mereka ditempatkan di 222 pusat pemindahan
sementara (PPS) di lapan daerah)

Sementara itu, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Terengganu juga antara negeri dijangka berlaku banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir.

Media Baharu