fb fb fb fb fb

Pendidikan awal kanak-kanak, penglibatan ibu bapa penting

Penglibatan ibu bapa di TABIKA adalah penting untuk bersama-sama memahami perkembangan anak-anak.

LABUAN, 4 Februari- Penglibatan ibu bapa di TABIKA adalah penting untuk bersama-sama memahami perkembangan anak-anak.

Melaluinya, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek berkata ia akan mewujudkan kesinambungan pembelajaran di TABIKA dengan amalan di rumah dengan bantuan, galakan dan dorongan daripada ibu bapa.

"Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pelaburan yang cukup penting ibu bapa dalam menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan menghadapi cabaran dalam pelbagai aspek.

"Selain menumpukan perhatian dan membina daya intelek kanak-kanak ini," katanya pada Majlis Hari Apresiasi TABIKA KEMAS 2023/2024 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan di sini.


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM