fb fb fb fb fb

Lebih 2 juta orang telah kemas kini maklumat PADU

Menerusi Facebook, PADU memaklumkan Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 0.40 juta individu.

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) merekodkan jumlah pengemaskinian maklumat individu seramai 2.51 juta orang setakat ini.

Menerusi Facebook, PADU memaklumkan Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 0.40 juta individu.

"Ini diikuti Sarawak 0.33 juta, Johor 0.25 juta manakala Perak dan Sabah, masing-masing 0.22 juta individu.

"Orang ramai boleh mengemas kini maklumat mereka dalam sistem PADU menerusi laman sesawang www.padu.gov.my.

"Tempoh kemaskini akan dibuka sehingga 31 Mac ini," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM