fb fb fb fb fb

Penderma darah di Perlis meningkat dalam tempoh lima bulan

KANGAR, 14 Jun- Sebanyak 4,265 pek darah didermakan hasil pelbagai program Derma Darah bersama komuniti yang dilaksanakan seluruh Perlis bagi Januari hingga Mei.

Data tersebut menunjukkan peningkatan dalam kalangan penderma darah di negeri itu bagi tempoh lima bulan tahun ini dan bekalan ketika ini masih mencukupi dalam menghadapi peningkatan kes kecemasan.

Menurut Pakar Perubatan Transfusi, Jabatan Patologi HTF, Dr Wan Noor Falah Wan Yahaya, "penganjuran derma darah untuk tahun ini sangat baik, ramai penganjur yang tampil untuk bersama-sama menganjurkan kempen kita..

"Kita turut menggalakkan penderma golongan belia yang baru iaitu berumur 18 tahun untuk hadir ke program ini bagi memulkanan langkah menderma darah," katanya kepada pemberita pada Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia di Unit Transfusi Darah, Hospital Tuanku Fauziah.
 
Program yang berlangsung selama tiga hari itu mensasarkan sebanyak 150 pek darah sebagai stok tambahan bagi keperluan darah di Hospital Tuanku Fauziah.

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 9,795 pek darah didermakan masyarakat bagi menampung stok bekalan darah di Unit Transfusi Darah, Hospital Tuanku Fauziah.
 
Jumlah berkenaan bagi menampung keperluan bagi menghadapi kes-kes kecemasan di hospital itu dengan purata bulanan mencecah 800 pek darah.

(Foto hiasan)

Media Baharu