(Menteri Pendidikan berucap di Perasmian Penutup Konvensyen Islam dan Melayu,
Karamah Insaniyah Teras Pembentukan Jati Diri Umat)
SHAH ALAM, 14 Jun- Elemen Karamah Insaniyah yang terdapat dalam kerajaan Malaysia Madani merupakan elemen penting dalam pembentukan jati diri yang harus dipraktikkan oleh semua masyarakat.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, elemen tersebut membentuk akhlak, adab dan ihsan dalam membina karakter bangsa Malaysia yang lebih kuat.
(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)
"Kita boleh menjadi bangsa yang kuat sebenarnya, apabila kita kembali kepada jati diri kita, memperkukuhkan kembali, khususnya tentang keilmuan, tentang disiplin diri dan maruah manusia. Ini kita angkat bersama dengan kekuatan kita sebagai satu bangsa", katanya kepada media di Perasmian Penutup Konvensyen Islam dan Melayu, Karamah Insaniyah Teras Pembentukan Jati Diri Umat di Shah Alam.
Tambahnya, Kementerian Pendidikan telah mempraktikkan elemen tersebut melalui '7 Teras Utama Kementerian Pendidikan' dalam menerajui sistem pendidikan negara.
Ungkapan tersebut dibuat bagi melahirkan anak 'ABC', iaitu Anak Baik, lagi Cerdik.