fb fb fb fb fb

Pendapatan isi rumah penduduk Malaysia naik 3.7% - DOSM

(Foto BERNAMA)

SABAK BERNAM, 21 Oktober- Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun 2022 menunjukkan purata perbelanjaan isi rumah penduduk Malaysia adalah sejumlah RM5,150 sebulan.

Peningkatan sebanyak 3.7 peratus berbanding RM4,609 pada tahun 2019.

Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan, Siti Asiah Ahmad berkata ia didorong oleh pengeluaran khas wang simpanan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM44.7 bilion.

Sekali gus menyumbang kepada peningkatan purata perbelanjaan melebihi peningkatan pendapatan purata isi rumah iaitu 2.4 peratus pada tahun 2022.

"Dalam konteks perbelanjaan, daripada 13 kumpulan perbelanjaan yang kita rujuk itu adalah perbelanjaan penggunaan isi rumah. Maknanya kita dapati purata perbelanjaan itu berubah terutamanya melibatkan makanan di luar rumah di mana pada 2019, sebanyak 13.7% melonjak kepada 16.1% pada 2022," katanya kepada pemberita di sini.

Merujuk perbelanjaan yang dibuat oleh isi rumah, komposisi corak perbelanjaan masih bertumpu kepada empat kumpulan perbelanjaan utama.

Ia merangkumi kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api sebanyak 23.2%, kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (16.3%), kumpulan restoran dan hotel (16.1%), dan kumpulan pengangkutan (11.3%).

(Foto BERNAMA)

Media Baharu