fb fb fb fb fb

JAKIM gesa seluruh masyarakat sumbang untuk Gaza

(Foto AFP)

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengecam segala bentuk tindakan tidak berprikemanusiaan terhadap masyarakat awam sebagaimana dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff menyeru masyarakat Malaysia menyalurkan sumbangan berterusan melalui saluran yang betul.

Katanya, segala sumbangan yang diuruskan oleh pihak kerajaan adalah atas matlamat yang murni iaitu untuk bantuan kemanusiaan seperti perubatan dan kebajikan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza tanpa sebarang caj perkhidmatan.

"JAKIM turut menyokong sebarang usaha yang dilakukan semua pihak dalam misi kemanusiaan demi membantu dan menyelamatkan mereka yang tidak berdosa.

"Antara akaun saluran yang betul termasuk Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP),  Tabung Musaadah JAKIM dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)," katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama sama menyatakan solidariti berterusan terhadap mangsa kezaliman konflik Israel- Palestin.

(Foto AFP)

Media Baharu