fb fb fb fb fb

Pencemaran udara, Selangor rekod 1,996 aduan, tertinggi setakat 15 Oktober

(Foto hiasan)

ISKANDAR PUTERI, 21 Oktober- Selangor merekodkan aduan pencemaran udara tertinggi dengan 1,996 aduan diterima setakat 15 Oktober lalu.

Ia diikuti Johor dengan 955 aduan, Pulau Pinang, 540 dan Melaka, 425.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 11.00 pagi tadi, menunjukkan kualiti udara berada pada tahap baik di 26 stesen.

Manakala, 42 stesen mencatatkan kualiti udara tahap sederhana.

(Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar)

Tiada titik panas jerebu dikesan ketika ini, namun 23 titik panas direkodkan di Indonesia.

Bagaimanapun, titik panas di Indonesia, serta keadaan jerebu, semakin berkurangan di Kalimantan dan Sumatera, disebabkan hujan.

"Kita akan mempertingkatkan pemantauan kita, ke kawasan-kawasan yang dikatakan sebagai hotspot dan sekiranya berlaku kes pembakaran terbuka, kita akan buat siasatan lanjut, dari segi siapakah pelaku, siapa yang memulakan pembakaran itu, kalau tidak jumpa, kita boleh denda, tuan tanah atau tuan punya premis di mana pembakaran tersebut dilakukan", katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Sambutan Hari Alam Sekitar Kebangsaan 2023 di Iskandar Puteri.

Media Baharu