fb fb fb fb fb

Pencapaian Rejimen Gerak Khas membanggakan - YDP Agong

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

MERSING, 16 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Rejimen Gerak Khas sejak ia ditubuhkan pada tahun 1965, hasil jasa dan pengorbanan seluruh anggota serta veteran rejimen elit itu. 

Seri Paduka Baginda berharap rejimen itu terus unggul, pantas dan berkesan dalam menghadapi sebarang ancaman, selari dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi. 

"Saya berharap rejimen ini terus unggul sebagai sebuah pasukan strategik negara yang sentiasa bersedia untuk bertindak dengan cepat dan berkesan dalam menghadapi sebarang ancaman bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

"Saya menyeru kepada kerajaan supaya memberikan keutamaan yang lebih kepada rejimen ini dalam perolehan peralatan," titah Sultan Ibrahim selepas menyempurnakan sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-60 di Padang Kawad 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Kem Iskandar di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda diiringi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar. 

MASNIZA AWANG KECHIK