fb fb fb fb fb

Penangguhan umrah, kerajaan sedia berbincang dengan syarikat pengendali


BAGAN SERAI, 9 Januari
- Kerajaan bersedia untuk bertemu dengan syarikat pengendali umrah bagi membincangkan langkah penangguhan umrah yang diambil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, pihaknya akan menetapkan satu tarikh bagi tujuan tersebut kelak.

Beliau menjelaskan, keputusan penangguhan ibadah umrah yang diambil ketika ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya tetapi demi kepentingan kesihatan
awam.

"Insyallah, boleh kita adakan perbincangan..sebagai kerajaan kita tengok dari segi maslahah yang lebih besar iaitu kesihatan awam ,bukan saja-saja kita hendak lakukan penangguhan itu, apa sahaja keputusan yang kita buat itu ialah keputusan maslahah untuk rakyat",ujarnya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Bestari di Bagan Serai, Perak.

Media Baharu