fb fb fb fb fb

Nelayan maut, terjatuh dari bot semasa menangkap ikan


LABUAN, 9 Januari
- Mayat seorang nelayan tempatan yang disyaki terjatuh dari bot di perairan Sipitang, Sabah telah ditemui.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Nudin Jusoh berkata, mangsa, Muhd Iqbal Daud, 43 tahun dilaporkan hilang semasa menangkap ikan di pesisir pantai awal pagi tadi.

Pusat Operasi Zon Labuan menerima maklumat berkaitan kehilangan mangsa pada pukul 8.15 pagi sekaligus mengaktifkan OP Carilamat yang memfokuskan pencarian di kawasan sekitar lima batu nautika dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Mayat mangsa kemudiannya ditemukan di kawasan Sungai Buntu kira-kira pukul 1.50 tengahari sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Pertahanan Awam serta komuniti maritim setempat.

Media Baharu