fb fb fb fb fb

Tanam 54 pokok bunga tanjung, tambah baik ekosistem

KUALA PERLIS, 12 Januari - Sebanyak 54 pokok bunga tanjung ditanam di kawasan Kampung Seberang Jaya, Kuala Perlis.

Langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan kualiti hidup selain menambah baik ekosistem.

Jelas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni, penanaman pokok berupaya melindungi daripada tiupan angin.

Fungsinya sebagai penampan atau pemecah angin bagi mengurangkan kesan langsung kepada kawasan perumahan jika berlaku angin kencang.

Simbolik penanaman pokok itu disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Media Baharu