fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di Sarawak

PETALING JAYA, 12 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan penumpuan angin yang berlaku di Sarawak dijangka berterusan sehingga 15 Januari ini.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan tersebut berdasarkan analisis model MET Malaysia "Weather Research and Forecasting Model" (MET-WRF), "European Centre for Medium-Range Weather Forecasts" (ECMWF) dan "Global Forecast System" (GFS).

Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak.

"MetMalaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk dan Waspada) melibatkan negeri Sarawak pada pukul 1 tengah hari, 12 Januari 2022.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan Pantai Timur Semenanjung termasuk Timur Johor dan Sabah diramal berterusan sehingga 16 Januari 2022," katanya.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Media Baharu