fb fb fb fb fb

Pemuzik RTM, Wan Azfarezal meninggal dunia

Wan Azfarezal Wan Athmar/ Foto RTM

PUCHONG, 8 Jun– Pemuzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) Wan Azfarezal Wan Athmar, 50 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Putra Perdana pada pukul 1.35 pagi tadi.

Allahyarham yang mula berkhidmat di RTM bermula tahun 2009, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang yang dihidapinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Isteri allahyarham, Siti Rokydah Idris, 48 tahun ketika dihubungi RTM berkata, allahyarham turut menghidap penyakit diabetes yang memaksa kaki kanannya dipotong pada 27 Mei lepas.

“Suami saya mula menunjukkan rasa tidak sihat serta sering lemah sejak awal Ramadan baru-baru ini, dan kami berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Jenazah disolatkan oleh lebih 100 kenalan dan petugas RTM sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Putra Perdana sekitar pada pukul 8.30 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Siti Nor Athirah, 27 tahun, Siti Nor Balqis, 25 tahun, Wan Zachery Aduka, 17 tahun dan Wan Joshua Indra, 15 tahun.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM