fb fb fb fb fb

Pemukiman pertama Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor, tangani masalah pekerjaan

(Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah)

JOHOR BAHRU, 15 Ogos- Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor akan membuat pemukiman pertama bulan depan, bagi berbincang pelan strategik dan modal insan, seterusnya meneliti dan menangani masalah sumber manusia serta penempatan pekerjaan.

Setakat ini, 42 agensi berkaitan sumber manusia di Johor terlibat dalam jawatankuasa berkenaan dan akan ditambah bergantung kepada keperluan semasa.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, setiap ahli jawatankuasa akan membentangkan data dan maklumat berkaitan kepada beliau setiap bulan.

Ini membolehkan kerajaan negeri mengenalpasti sektor-sektor pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja, selain membantu memenuhi tawaran kerja oleh majikan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan sudah diadakan pada 27 Julai lalu, dengan 19 agensi dilantik sebagai ahli tetap, antaranya, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Invest Johor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pendidikan.

Manakala 23 agensi berkaitan dalam penyediaan latihan kemahiran dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penawaran dan Permintaan.

Terdahulu, Mohd Hariri merasmikan Taklimat Inisiatif Baharu Kerajaan melalui PERKESO 2022 peringkat Negeri Johor di Johor Bahru.


(Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah (tengah)
pada Taklimat Inisiatif Baharu Kerajaan melalui PERKESO 2022 peringkat Negeri Johor di Johor Bahru)

Media Baharu