fb fb fb fb fb

Pemuda Iran dinobat lelaki terpendek di dunia

(Foto Guinness World Records)

IRAN, 18 Disember- Seorang warga Iran yang memiliki ketinggian kurang 66 sentimeter dinobatkan sebagai lelaki terpendek di dunia oleh Guinness World Records.

Afshin Esmaeil Ghaderzadeh, 20, memperoleh gelaran itu dengan ketinggian 2 kaki 1.68 inci (65.24 sentimeter).

Dia yang lahir di sebuah kampung terpencil di daerah Bukan, Azerbaijan Barat mengakui kehidupannya tidak mudah.

Afshin berkata dia tidak dapat ke sekolah kerana saiznya, malah menggunakan telefon pintar pun sukar buat pemuda itu.

"Telefon pintar secara amnya berat untuk saya, lebih-lebih lagi dalam tempoh yang lama, namun saya semakin pandai menyesuaikannya," kata Afshin.

Afshin dilahirkan dengan berat 700 gram dan kini berat badannya telah meningkat hampir 6.5 kilogram.

Rekod terdahulu untuk lelaki terpendek dipegang oleh Edward Niño Hernandez, dari Bogotá, Colombia, yang berketinggian 2 kaki 4.38 inci (72.1 sentimeter). -Guinness World Records

(Afshin bersama ibu dan bapanya/Foto Guinness World Records)

Media Baharu