fb fb fb fb fb

Tanah Runtuh Batang Kali: Permaisuri Agong berkenan lawat lokasi kejadian

BATANG KALI, 18 Disember- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Father's Organic Farm, di sini sekitar pukul 4.14 petang tadi.

Keberangkatan tiba Baginda bagi melihat sendiri tapak tragedi tanah runtuh dan meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dilaksana.

Tunku Azizah diberi taklimat berkaitan insiden dan operasi SAR sebelum meninjau lokasi kejadian tanah runtuh.

(Tunku Azizah Maimunah Iskandariah / Foto BERNAMA)

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Media Baharu