fb fb fb fb fb

Belia perlu ilmu, akhlak dan daya tahan hadapi era digital- PM

PM semasa sesi dialog bersama pelajar MSU di Shah Alam

SHAH ALAM, 5 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan ilmu, akhlak dan daya tahan tinggi dalam membentuk jati diri belia negara bagi menghadapi cabaran era kecerdasan buatan dan digital.

Dalam sesi dialog bersama pelajar di Management and Science University (MSU), beliau menggesa belia perlu menjauhi budaya menghina dan kebencian di media sosial.

"Belia kita mesti menimba ilmu seluasnya, mengelak sikap menghina, dan menjunjung nilai kemanusiaan. Kita perlu ada akar yang kuat ..akidah dan akhlak walaupun kita menggapai kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan dan digital..

Saya lihat kadang-kadang orang terpelajar sendiri mempertahankan kejahilan dan menghina sesama manusia. Ini harus dihentikan," katanya.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa kerajaan merancang sekurang-kurangnya 20 program pembangunan belia menerusi Akademi Negarawan, termasuk peluang bertemu pemimpin dan tokoh pelbagai bidang.

Beliau yakin bahawa belia yang berilmu dan berjiwa besar akan mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI