fb fb fb fb fb

Op Mahir: Pengurus kilang plastik dan 123 pekerja warga asing ditahan

FOTO JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

JOHOR BAHRU, 16 November – Seramai 123 pekerja warga asing ditahan dalam serbuan Ops Mahir di sebuah kilang plastik dekat sini, kelmarin.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata antara kesalahan yang dikesan termasuk bekerja tanpa kebenaran, tiada dokumen perjalanan sah, serta permit kerja tamat tempoh.

Penahanan tersebut melibatkan 71 warga Myanmar, 45 Bangladesh, empat India, dua Nepal dan seorang warga Pakistan, berusia antara 20 hingga 48 tahun.

Turut ditahan, seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai pengurus sumber manusia premis berkenaan.

Operasi itu dijalankan hasil maklumat risikan dan aduan awam berhubung kegiatan menggajikan pekerja asing bagi menjimatkan kos operasi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD