fb fb fb fb fb

Lebih 9,000 sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah edisi ke-13

Foto RTM

KUALA KANGSAR, 16 November - Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah edisi ke-13 yang berlangsung hari ini disertai lebih 9,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Program disempurnakan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang tiba di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar pada pukul 6.45 pagi.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10km dan 7km.

Baginda bersama-sama Tuanku Zara turut berkenan beramah mesra dengan para peserta larian dan melawat beberapa check point di sepanjang laluan larian tersebut.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan EXCO kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.

Larian tahunan yang diadakan sempena Hari Keputeraan baginda bertujuan menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan rakyat.

Sepanjang laluan, para peserta melalui kawasan kampung sambil menikmati suasana desa di sekitar Kuala Kangsar dan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti  permainan tradisional seperti bola sepak kampung dan permainan gasing.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN