fb fb fb fb fb

Belia perlu pantas berasimilasi dengan pelbagai ilmu dan bidang baharu

IPTS berperanan penting bantu lahirkan golongan belia bijak teknologi

Shah Alam, 5 Mei - Golongan belia disaran agar pantas berasimilasi dengan pelbagai ilmu dan bidang baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia penting bagi memastikan kelangsungan tenaga pakar khasnya dalam bidang baharu seperti Digital,  Kecerdasan Buatan (AI) dan transisi tenaga.

"Kita bergantung kepada anda semua (mahasiswa). Kita tidak boleh bergantung harap kepada generasi sedia ada untuk berasimilasi pantas dan meningkatkan pengetahuan dalam disiplin baharu seperti itu. Kita ada digital, kecerdasan buatan dan transisi tenaga. Kita perlu bergantung kepada anda," katanya.

Perdana Menteri berucap pada Program Temu Anwar IPTS di Shah Alam hari ini.

Tambahn Perdana Menteri, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta turut berperanan penting membantu melahirkan golongan belia bijak teknologi selari harapan kerajaan.

Tambahnya, cabaran utama golongan mahasiswa kini tertumpu kepada kemampuan mereka mengadaptasi ilmu pengetahuan untuk menyebarluas nilai-nilai keadilan dan kebenaran.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN