fb fb fb fb fb

Pemohon peranti siswa tidak lepasi saringan boleh kemuka rayuan menerusi Majlis Perwakilan Pelajar

PUTRAJAYA, 15 Ogos- Persatuan mahasiswa khususnya Majlis Perwakilan Pelajar diberi tanggungjawab membantu dalam pelaksanaan program peranti siswa, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau optimis usaha itu akan membentuk kerjasama antara jawatankausa pelaksana di peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) dengan persatuan mahasiswa.

"Program tersebut akan mula digerakkan pada 26 Ogos dan dalam proses untuk memberi peranti kita dapati ada juga permohonan tidak melepasi saringan dalam talian.

"Untuk pastikan tidak ada sesiapa pun tercicir, kita bersetuju memberi kuasa kepada persatuan mahasiswa menjadi pusat rujukan kes oleh pelajar yang gagal mendapat kelulusan," kata Annuar dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi di sini.

(Tan Sri Annuar mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Mesyuarat
Pasukan Jihad Tangani Inflasi/BERNAMA)

Beliau berkata dengan perakuan persatuan mahasiswa, pelajar berkaitan boleh kemukakan rayuan untuk dimanfaatkan menerusi program peranti siswa.

Media Baharu