fb fb fb fb fb

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia dipertimbang diperluas ke IPTA

PUTRAJAYA, 15 Ogos- Cadangan memperluas Program Jualan Murah Keluarga Malaysia ke 20 institut pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara akan dipertimbang.

Ia mengambilkira manfaatnya untuk meringankan bebas kos sara hidup mahasiswa.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara mengenainya akan dibincangkan dalam mesyuarat pasukan itu minggu depan.

"Saya menjangkakan kampus akan dibuka semula pada pertengahan bulan September dan juga Oktober, jadi jawatankuasa akan mempunyai masa yang cukup untuk membincangkan kaedah dan mekanisme, sekiranya jawatankuasa dapat memberikan 'endorsement’ dan persetujuan.

"Supaya konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia yang sekarang ini diadakan di tiap-tiap DUN di semua kawasan Parlimen seluruh negara sebanyak 639, berkemungkinan dapat diperluaskan ke 20 kampus IPTA," katanya.

(Tan Sri Annuar Musa)

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, di sini hari ini.

Cadangan tersebut dibangkitkan wakil pemimpin pelajar daripada IPTA, IPTS termasuk kolej latihan perguruan pada sesi libat urus bersama beliau tengah hari tadi.

Media Baharu