fb fb fb fb fb

KKM mohon peruntukan kesihatan awam ditingkatkan kepada 5% daripada KDNK

(Khairy ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘The Need For Healthcare
Reform’ sempena ‘Health Policy Summit 2022’/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Kementerian Kesihatan (KKM) memohon peruntukan perbelanjaan kesihatan awam ditingkatkan kepada 5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi memastikan Malaysia mempunyai sistem kesihatan awam bertaraf dunia pada masa hadapan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata di negara yang berpendapatan sederhana tinggi, penanda aras peruntukan bagi perbelanjaan kesihatan awam adalah antara 4% hingga 5% daripada KDNK.

"Namun Malaysia hanya memperuntukkan 2.59% daripada KDNK untuk perbelanjaan kesihatan awam.

Ini menyebabkan ramai mengeluh dan mengadu berhubung tempoh yang lama diperlukan bagi mendapatkan perkhidmatan seperti pengimejan resonans magnetik (MRI) atau imbasan tomografi berkomputer (CT) di hospital kerajaan," kata Khairy ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘The Need For Healthcare Reform’ sempena ‘Health Policy Summit 2022’ di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

(Khairy ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘The Need For Healthcare Reform’
sempena ‘Health Policy Summit 2022’/BERNAMA)

Media Baharu