fb fb fb fb fb

Peminat berbuka puasa bersama penyampai PERLISfm

Foto RTM

KANGAR, 25 Mac- Hampir 100 peminat berpeluang berbuka puasa bersama kakitangan dan penyampai radio PERLISfm dalam satu program santai yang dianjurkan di perkarangan stesen radio itu.

Menariknya, program berbuka puasa ini mengangkat konsep ‘Hampar Tikar’, membolehkan tetamu beramah mesra dengan penyampai kegemaran mereka dalam suasana lebih dekat dan mesra.

Seorang peminat, Aniq Izanif Mahar Afendi, menyifatkan program ini sebagai inisiatif menarik kerana memberi peluang kepada pendengar untuk berinteraksi secara langsung dengan penyampai PERLISfm.

“Sambil menikmati suasana senja di Perlis, kita juga dapat mengeratkan silaturahim,” katanya.

Seorang lagi peminat, Syarifah Hatijah Syed Idrus, mencadangkan agar program sebegini diperluaskan ke kawasan kampung agar lebih ramai penduduk dapat turut serta.

Timbalan Pengarah RTM Perlis, Muhammad Fahmi Harun turut hadir memeriahkan program tersebut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM