fb fb fb fb fb

Pemimpin PAS, PN tiba di kediaman Pengerusi PN

(Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)

BUKIT DAMANSARA, 21 November - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di perkarangan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9.50 pagi ini.

Ketibaan turut disusuli Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekitar pukul 10:05 pagi.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi sebarang kenyataan dan sekadar melambai ke arah petugas media.


(Beberapa kenderaan yang membawa Pemimpin PAS dan PN tiba di perkarangan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini)

Media Baharu