fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak tidak berubah

(Foto fail)

IPOH, 22 November- Jumlah penduduk yang terjejas banjir di Perak kekal 780 orang setakat pukul 8.00 pagi tadi melibatkan 222 keluarga, menurut laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Perak.

Larut, Matang dan Selama (LMS), Kerian, Hilir Perak, Manjung, dan Perak Tengah antara daerah yang masih terjejas.

Laporan itu juga memaklumkan, sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PSS) masih beroperasi.

Lokasinya di Dewan Sekolah Menengah Abd Rahman Talib, Dewan Serbaguna Kg Padang Tembak, SK Alor Pongsu, Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Dewan SMK Raja Shariman Beruas, SK Layang-Layang Kiri, SK Titi Gantong, SMK Layang-Layang Kiri dan Sekolah Agama Rakyat Shafie Bt Hampar.

(Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak tidak berubah)

Media Baharu