fb fb fb fb fb

Pemimpin parti politik, diingatkan tidak cabar kuasa Yang di-Pertuan Agong

BERA, 15 Oktober - Mana-mana pemimpin parti politik, diingatkan agar tidak mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Ini termasuk budi bicara baginda mengenai pembubaran Parlimen yang tidak boleh dipersoalkan.

"Ada pihak yang cuba mencabar Charles Santiago, mencabar dan kes dibawa ke mahkamah. Alasan dia saya perlu mendapat persetujuan daripada kabinet sebelum saya boleh mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mohon perkenannya menggunakan perkara 40 (1) dan saya gunakan 40 (2) B yang mana Perdana Menteri boleh membuat permintaan bukan menasihati Agong ..membuat permintaan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong boleh perkenan atau tidak perkenan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa penuh dan tidak boleh dipersoalkan," kata Ismail Sabri di sini.

Charles Santiago yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Klang, baharu-baharu ini mengemukakan saman pemula berhubung pembubaran Parlimen yang diumum Perdana Menteri, 10 Oktober lepas.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan Barisan Nasional, (BN) perlu menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),  supaya dominan di Putrajaya.

Sekali gus membolehkan keputusan penting, dilaksanakan dengan mudah.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kemenangan besar BN dapat membentuk sebuah negara stabil.

Selain itu, kerjasama rakan-rakan parti dari Sabah dan Sarawak juga penting bagi kemenangan BN.

(Ismail berucap pada
Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Konvensyen Bera)

"Walaupun saya menjadi Perdana Menteri, Barisan Nasional dalam kebinet atau kerajaan hanya menyumbang kepada 42 kerusi tidak banyak ..jangan lagi kita mengharapkan orang, tetapi kita yang menenttukan hala tuju negara kita," kata Ismail.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera turut mengingatkan jentera parti bahagian ini, mempunyai 'tugas lebih berat’ berbanding pilihan raya umum lepas, memandangkan kerusi parlimen ini, menjadi tumpuan semua pihak kali ini kerana ia kerusi yang diduduki Perdana Menteri.

Media Baharu