fb fb fb fb fb

BN akan pinda perlembagaan babitkan jumlah lantikan senator jika menang 2/3 pada PRU15

BERA, 15 Oktober - Barisan Nasional (BN) akan meminda perlembagaan membabitkan jumlah lantikan senator sekiranya memenangi dua per tiga pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bilangan senator perlu ditambah mengikut permintaan, namun ia tidak dapat dilakukan lagi ekoran perlu mengikut had jumlah yang ditetapkan oleh perlembagaan.

"Untuk senator Insyallah kita akan tengoklah sebab senator ini macam macam semua orang mahukan persatuan kontraktor pun mahu senator, persatuan nelayan pun mahukan senator, semua mahu.

(Ismail Sabri berucap ketika merasmikan
Majlis Penutupan Mesyuarat Agong Persatuan Bekas Polis Malaysia Pahang, di sini)

"Cuma kita kata kalau kita menang kalau Barisan Nasional menang 2/3 kita akan pinda perlembagaan terutamanya dari segi perlantikan jumlah senator. Ketika ini tidak ramai dan kita tak boleh tambah lagi sebab had ditetapkan, kalau kita menang 2/3 kita boleh ubah perlembagaan," kata Ismail Sabri di sini.

Sementara itu katanya, Bajet 2023 yang dibentangkan 7 Oktober lalu akan diteruskan setelah dibentang semula semula sekiranya BN menjadi kerajaan selepas PRU15.

Ini memandangkan, kerajaan sememangnya mempunyai peruntukan untuk melaksanakan Bajet 2023 berkenaan yang akan memberikan manfaat kepada rakyat.

Media Baharu