fb fb fb fb fb

Pemimpin BERSATU keluar parti, namun kekal dibawah GRS

KOTA KINABALU,10 Disember-Pemimpin Bersatu Sabah sebulat suara keluar daripada parti itu, namun kekal di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbang keadaan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah.

Juga, demi kepentingan negeri dan perpaduan selain memenuhi aspirasi rakyat untuk terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.




(Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor)

Datuk Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah turut memaklumkan, dengan keputusan tersebut, pemimpin-pemimpin BERSATU Sabah akan menggunakan GRS sebagai platform menyuarakan kepentingan Sabah dan Sarawak.

Melangkah ke hadapan, pihaknya akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu, namun untuk sementara ini, mereka secara kolektif akan menjadi ahli GRS.

Pada September 2020, BERSATU Sabah bersama Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) membentuk GRS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) bersama BN.

Media Baharu