fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Terengganu meningkat

KUALA TERENGGANU,10 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini menunjukkan peningkatan dengan 325 penduduk daripada 86 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding tengahari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di lapan buah PPS di tiga daerah.

Daerah Kuala Nerus mencatatkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 200 orang daripada 50 keluarga yang ditempatkan di dua buah PPS. Diikuti Kuala Terengganu dengan 65 penduduk terjejas dan Setiu 60 penduduk.

Sementara itu, JPS menerusi laman web rasminya memaklumkan Sungai Nerus di Kampung Bukit Setiu kini melebihi paras amaran.

 


(Situasi banjir di negeri Terengganu)

 

Media Baharu