fb fb fb fb fb

Insiden tanah runtuh di Ampang, penghuni diminta kosongkan kediaman

(FOTO FB POLIS DAERAH AMPANG JAYA PAGE)

AMPANG, 10 Disember - Penghuni di tiga buah rumah di Taman Halaman, di sini, perlu dikosongkan dari kediaman mereka kerana pergerakan tanah dijangka berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak semalam di lokasi kejadian tanah runtuh itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata penghuni di kawasan kejadian tanah runtuh itu telah berpindah namun terdapat beberapa penghuni enggan berbuat demikian walaupun dinasihatkan oleh pihak berkuasa dengan memberi alasan tidak wajar.

Beliau berkata arahan mengosongkan kediaman itu bagi memastikan keselamatan penduduk.


(Foto FB Polis Daerah Ampang Jaya Page)

Katanya, polis juga telah membuat kawalan di kawasan sekitar dengan meletakkan sebuah van balai polis bergerak selain mendirikan Pusat Kawalan Tempat Kejadian bersama bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Semalam, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di taman itu.

Rumah mereka turut mengalami kerosakan dalam kejadian berkenaan.

Media Baharu