fb fb fb fb fb

Melaka mampu jadi negeri berteknologi hijau jika karenah birokrasi dikurangkan

(FOTO HIASAN)

AYER KEROH, 10 Disember - Melaka mampu menjadi negeri pintar dan berteknologi hijau dengan menggunakan sepenuhnya tenaga solar jika kerenah birokrasi dapat dikurangkan khususnya melibatkan kelulusan bangunan kerajaan bagi penggunaan teknologi tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata kerenah birokrasi menjadi penghalang kepada usaha kerajaan negeri dalam membudayakan teknologi hijau.

(Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin)

“Kita mesti perkasakan lagi teknologi hijau ini dan mengurangkan kerenah birokrasi supaya semua bangunan kerajaan dapat dipasang panel solar, begitu juga di masjid-masjid sudah boleh memasang sistem bumbung solar.

“Ini bukan sahaja memastikan teknologi hijau, malah masjid-masjid dapat penjimatan daripada sudut kewangan. Kita akan bekerjasama dengan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Anugerah Hijau Melaka 2022, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Rais berkata Program Eco Schools perlu diperluaskan di seluruh sekolah di negeri itu bagi membudayakan golongan pelajar ke arah amalan hijau.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 131 sekolah terlibat, namun hanya 17 daripadanya diiktiraf menerima anugerah 'green flag'.

Media Baharu