fb fb fb fb fb

Johor sasar lebih 21,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2026

KLUANG, 10 Disember-Sebanyak 300 unit lot rumah mampu milik, berharga RM170,000 ditawarkan kepada Penjawat Awam Johor, termasuk Agensi Persekutuan, di
Taman Puterimas, Kluang, Johor, yang dijangka siap sepenuhnya, pada 2025.

Projek dikendalikan Gene and Quin Realty Sendirian Berhad, juga melibatkan 200 unit Rumah Mampu Milik Jenis C, berharga RM150,000.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata urusan pembelian rumah pada ketika ini, telah dipermudahkan, melalui penubuhan Jawatankuasa Perancangan, Rekabentuk dan Semakan (PDRC), pada Jun lalu.


(Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor)

"Dulu terlalu banyak birokrasi. Sebab itu, dahulu, pemohon rumah mampu milik perlu ada 17 dokumen dan dikenakan pelbagai syarat yang ketat. Hari ini kerajaan negeri meletakkan hanya lima dokumen sahaja", katanya ketika bercakap kepada media.

Kerajaan negeri juga turut menyasarkan 21,139 unit rumah mampu milik di Johor berharga RM150,000 dalam tempoh lima tahun, sehingga 2026.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Taman Puterimas, di Kluang,yang dihadiri Pengarah Urusan Gene and Quin Realty Sendirian Berhad, Datuk Sri Ngoh King Hua.


Media Baharu