fb fb fb fb fb

Lima kertas Kerja tangani kos sara hidup bakal dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL

JOHOR BAHRU, 10 Disember-Sebanyak lima kertas kerja bakal dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, selain KPDN, beberapa kementerian seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI), Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan turut membentangkan kertas kerja masing-masing melibatkan isu kos sara hidup yang berlaku dalam negara.

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin
Ayub)

"KPDN tidak boleh memutuskan atau merancang bersendirian.Ia harus ada komitmen dalam NACCOL yang terdiri daripada 15 kementerian untuk kita dapat selesaikan tentang isu bekalan, isu gangguan di peringkat rantaian bekalan,"katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program berkhatan perdana di Masjid Al Mizan Kempas Baru, di Johor Bahru.

Pada 27 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan NACCOl agar menganalisis dan menelusuri kesan subsidi dalam tempoh dua minggu.

Media Baharu