(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 9 Jun- Pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama diteruskan untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, layanan duti setem berkenaan terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember depan.
Menerusi Program Pemilikan Rumah (HOPE), pengecualian duti setem 100 peratus bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM500,000.00.
Manakala pengecualian duti setem 75 peratus bagi pembelian rumah berharga melebihi RM500,000.00 sehingga RM1 juta.
(Foto hiasan)
Di bawah HOPE pemilikan rumah pertama Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-MILIKI) akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.
Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya terhad kepada satu RM1 juta pertama nilai harta tanah.
Baki selebihnya daripada nilai harta tanah tersebut tertakluk kepada kadar duti 'ad valorem' dan diberi remisi sebanyak 50 peratus ke atas duti setem yang dikenakan.
Layanan duti setem ini terpakai bagi surat cara pindah milik harta tanah yang disempurnakan mulai 1 April 2023.