fb fb fb fb fb

10 premis judi di Muar dipotong bekalan elektrik

(Raiz Mukhliz Azman Aziz (kanan) meninjau premis judi yang disita)

MUAR, 9 Jun- Sebanyak 10 premis di sini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik kerana menjalankan kegiatan perjudian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan, kesemua premis perjudian itu dipercayai telah beroperasi selama enam bulan.

Tindakan diambil menerusi Op Dadu yang dijalankan bersama Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Perbandaran Muar (MPM), semalam.

Dalam operasi sama, MPM turut mengambil tindakan sitaan ke atas premis berkenaan bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Trend Perniagaan dan Perindustrian MPM 2018 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

(Anggota dan pegawai penguatkuasa menjalankan operasi
di premis judi sekitar Muar, Johor)

Media Baharu