fb fb fb fb fb

Pemilik kenderaan yang rosak akibat tanah mendap di Lestari Perdana Seri Kembangan, diminta tampil buat laporan


SERDANG, 27 Januari - Rekahan baharu dikesan di jalan berhampiran kawasan tanah mendap di Lestari Perdana, Seri Kembangan akibat hujan lebat pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner (ACP) A A Anbalagan berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBPJ) untuk kerja-kerja membaik pulih.

"Proses itu akan mengambil masa lebih kurang tujuh hari untuk menyiapkan lebih kurang 150 meter kawasan yang mendapat tanah mendap itu. Jadi proses tu sedang berlangsung semalam. Kita dapati 50 besi telah pun dicucuk dan ditanam bagi memastikan ia tidak merebak ke kawasan yang lain," kata A A Anbalagan di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, A. A. Anbalagan meminta pemilik kenderaan yang rosak akibat insiden berkenaan segera membuat laporan polis, bagi membolehkan urusan tuntutan dan pampasan insurans dilakukan.

Setakat ini, belum ada sebarang laporan diterima daripada pemilik kenderaan terjejas.

Sementara itu, pemilik premis berdekatan yang mahu memasuki kawasan insiden perlu terlebih dahulu melaporkan diri di pos kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terletak di kawasan berhampiran.

"Dan kita juga menasihatkan kepada pemilik premis kedai dihadapan tu ada 17 kedai. Kita telah menasihatkan mereka agar mengosongkan rumah kedai sehingga keadaan selamat baru lah boleh pulang," katanya lagi.

 

Media Baharu