fb fb fb fb fb

205 projek di Selangor diluluskan



SHAH ALAM, 27 Januari - 205 projek di Selangor melibatkan peruntukan RM8 bilion telah diluluskan bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata projek tersebut akan dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Jelasnya, projek tebatan banjir antara projek penting yang diberi fokus bagi menangani bencana sekaligus menjamin pembangunan lestari di negeri berkenaan.

"Projek-projek tebatan banjir yang melibatkan beberapa lembagan di negeri Selangor, kerana kita mahu melihat usaha-usaha disegerakan. Kesan daripada banjir sangat besar bukan sahaja kepada rakyat dan penduduk tetapi ekonomi negeri dan ekonomi negara.

"Kita ambil maklum, negeri Selangor pusat aktiviti ekonomi pesat dan banyak industri, banyak sektor perkilangan negeri Selangor, kepadatan penduduk yang tinggi. Berlaku bencana seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada tetapi negeri tetapi negara," kata Azmin selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor.

Tambah Azmin semua projek yang akan dilaksanakan adalah hasil rundingan antara kementerian dan jabatan bersama Kerajaan Negeri termasuk hal berkaitan bencana banjir baru-baru ini.

Media Baharu