fb fb fb fb fb

Pemilik butik terkenal ingkar arahan masuk premis terbakar disiasat

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad/ BERNAMA

ALOR SETAR, 26 Mac- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang pempengaruh yang juga pemilik jenama pakaian yang memasuki premis butiknya yang sedang terbakar di Bangi, Selangor pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, tindakan lelaki itu dianggap membahayakan nyawanya selain mendatangkan risiko kepada orang awam

Katanya siasatan secara menyeluruh itu, bagi mengetahui kejadian sebenar bagaimana pemilik premis berkenaan boleh masuk ke dalam premisnya, walaupun telah dihalang oleh pegawai bomba yang berada di lokasi.

“Kejadian kebakaran itu berlaku bukan di dalam bangunan tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong dan semasa kebakaran, kita dapat lihat beberapa orang awam iaitu pemilik dan pekerja telah masuk ke dalam premis berkenaan.

"Saya juga mengarahkan siasatan dibuat  terhadap dibuat  terhadap kandungan TikTok pempengaruh itu bagaimana pegawai cuba telah menghalang pemilik premis masuk ke dalam  premis tetapi dimaklumkan bahawa beliau melanggar arahan pegawai kita," katanya.

Ujarnya, prinsip utama JBPM ialah setiap tindakan  kepada kebakaran adalah untuk cuba menyelamatkan nyawa .

Baru-baru ini, tular di media sosial video butik jenama pakaian terkenal di Bangi, Selangor yang terbakar pada Sabtu dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila pemiliknya memuat naik video kebakaran berdurasi 50 saat itu, di akaun TikTok miliknya.

Orang ramai mempersoalkan tindakan pemilik butik itu yang sempat membuat video sinematik yang dirakam dari pelbagai sudut, ketika pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Terdahulu, Nor Hisham telah menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kedah dan Perlis kepada 82 orang penerima.

ZEHRA BINTI ZAMBRI