TEMERLOH, 30 Oktober- Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan sebaik mandat dipegang barisan pimpinan sekarang, berakhir Mei tahun depan.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh menjelaskan tidak timbul isu pemilihan PKR akan ditangguhkan, kerana mandat pimpinan sedia ada masih sah.
"Sebenarnya pemilihan parti memang pada 2025 maksudnya tidak ada sebab utuk menangguhkannya Ia bukan disegerakan tetapi akan dibuat ikut masa," katanya.
Tegas beliau, tidak timbul isu kebimbangan tahap sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan antara punca cadangan menangguhkan pemilihan parti disuarakan.
Katanya, rakyat perlu memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk selesaikan tugas beliau hingga cukup penggal.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2024 di Pasaraya BS Freshmart, Temerloh, Pahang.
Ahad lalu, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR dilaporkan berkata, pemilihan yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dengan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.
Katanya, keputusan tidak menangguhkan pemilihan PKR itu diambil dalam Mesyuarat Biro Politik parti.