PUTRAJAYA, 13 Mei- Pemilihan KEADILAN 2025 perlu dihadapi dengan semangat perpaduan bagi mengelakkan perpecahan dalaman yang dilihat memberi kesan kepada gerak kerja parti.
Perkara itu ditegaskan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
"Pendirian yang saya pegang adalah pemilihan dalam parti bukan 'us versus them'. Pemilihan dalam parti ialah 'we are together'. Jadi, semua yang menawarkan diri dalam parti sematkan bahawa 'we are together'. Bukan 'us versus them'. Kalau 'us versus them', ia berpotensi menyumbang kepada perpecahan.
"Saya tidak melihat bahawa sekiranya Izzah terpilih (menjadi Timbalan PKR) memberi maksud sokongan kepada Presiden PKR, dan tertolaknya Izzah maksudnya penolakan kepada Anwar.
"Saya tidak melihat begitu. Ini adalah pertarungan antara Saudara Rafizi dengan Nurul Izzah yang anggota parti sedang meneliti sebelum mereka buat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Mei di sini.
Pertarungan bagi jawatan tersebut pada Pemilihan KEADILAN bagi sesi 2025-2028 hanyalah antara Nurul Izzah dengan penyandang Datuk Seri Rafizi Ramli, dan tidak lebih daripada itu.