fb fb fb fb fb

Pemerkasaan wanita, tanggungjawab bersama - LPPKN

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Usaha menggilap bakat dan potensi wanita dan kanak-kanak perempuan adalah menjadi tanggungjawab bersama.

Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan & Keluarga (LPPKN), Irwan Nadzif Mahpul berkata golongan itu mampu menjadi penyumbang terhadap pembangunan ekonomi, sosial, keluarga, masyarakat dan negara.

Hari Penduduk Sedunia pada tahun ini mengangkat tema sambutannya iaitu "Mengorak Kuasa Kesaksamaan Gender: Memperkasa Suara Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan Bagi Membuka Peluang Dunia Tanpa Batas."

Tema itu selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menangani isu kependudukan secara kolektif dalam usaha memperkasa peranan wanita dan mengarus perdana jantina dalam pembangunan negara.

"Menurut kajian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), 40% daripada wanita di seluruh negara masih lagi gagal membuat keputusan berkenaan dengan kesihatan seksual mereka. 1/4 wanita daripada negara yang berpendapatan rendah dan menengah, tidak mengetahui tentang jumlah bilangan anak yang sesuai untuk sebuah keluarga.

Lebih daripada 2/3 daripada 800 juta penduduk dunia yang tidak tahu membaca adalah wanita. Jadi, masih wujud lagi isu ketidaksaksamaan jantina yang perlu kita perjuangkan. Ini kerana wanita & kanak perempuan meliputi hampir separuh daripada penduduk dunia dan juga penduduk Malaysia," kata Irwan Nadzif ketika ditemu ramah secara maya dalam Program Selamat Pagi Malaysia, hari ini.


(Foto Hiasan)

Berdasarkan statistik PBB, 49 peratus daripada lebih 8 bilion orang penduduk adalah populasi wanita dan kanak-kanak perempuan.

Keadaan sama berlaku di Malaysia apabila lebih 15 juta orang adalah wanita dan kanak-kanak perempuan daripada 33 juta jumlah penduduk.

Media Baharu