fb fb fb fb fb

Pembukaan sempadan Wang Kelian-Wang Prachan untuk pengembara pelancongan dari Thailand sahaja

WANG KELIAN, 29 Mac - Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand yang menghubungkan Wang Kelian-Wang Prachan bermula 1 April ini, hanya kepada pengembara pelancongan dari Thailand.

Manakala bagi pengembara dari Malaysia, hanya boleh ke Thailand melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais berkata, bagi pengembara yang memasuki Wang Kelian-Wang Prachan, kebenaran hanya memasuki negara untuk tempoh sekurang-kurangnya lima hari, dan bagi berulang alik secara harian atau kerap masih tidak dibenarkan.

Untuk melancarkan pergerakan masuk pengembara dari Thailand berkenaan, seramai 30 petugas dari 8 agensi ditempatkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian.

(Ruzaini bercakap kepada media ketika mengadakan tinjauan di pintu sempadan Malaysia-Thailand
yang menghubungkan Wang Kelian – Wang Prachan)

"Untuk rakyat Malaysia yang hendak ke Thailand dan daripada rakyat Thailand ke Malaysia ini kita tengok seperti memang ketatlah. Memang ketat, contohnya untuk warganegara Thailand yang akan masuk ke Malaysia, mereka perlu daftar dalam Mysejahtera. Saya rasa banyaklah maklumat-maklumat yang perlu diisi dan perlu dipatuhi oleh rakyat Thailand untuk masuk ke Malaysia, dan saya rasa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terdapat dalam Mysejahtera pun adalah satu SOP yang cukup ketat jugalah, untuk rakyat Thailand," katanya.

Kesemua agensi terlibat antaranya Jabatan Imigresen, Kastam DiRaja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis DiRaja Malaysia kini bersiap sedia sepenuhnya dalam aspek pematuhan SOP Kesihatan dan Keselamatan ke atas pengembara yang masuk.

Media Baharu