fb fb fb fb fb

PJKM berjaya jana RM 38.09 juta hasil jualan

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Sebanyak RM38.09 juta hasil jualan berjaya dijana menerusi pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan mencatatkan lebih dua juta pengunjung sejak ia dilaksanakan pada Disember tahun lalu.

Kerajaan turut bercadang melanjutkan Program Jualan Keluarga Malaysia yang dijadual tamat bulan ini. "Program tersebut dicadang diilanjutkan sehingga Jun depan, katanya.

(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid)

Ini bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran.

"Memang diakui melalui program ini, harga yang dijual jauh lebih murah, 15 hingga 20 peratus lebih murah berbanding dengan harga biasa. Jadi kita memang ada cadangan dan hasrat untuk menyambung dan memanjangkan kerana kita tahu rakyat terkesan dengan banjir, dengan COVID-19 dan terkesan dengan masalah yang dialami.

"Jadi hal tersebut kita perlukan sokongan dan dokongan daripada rakan strategik dan agensi lain untuk bersama-sama atas dasar Keluarga Malaysia," katanya.

Sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lalu, program tersebut telah dilaksanakan di lebih 200 kawasan Parlimen melibatkan 1,274 lokasi seluruh negara.

Rosol menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

Media Baharu