fb fb fb fb fb

Warisan KL, inisiatif hidupkan semula nadi ibu negara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 24 April- Warisan KL: Warisan Ibu Kota Malaysia MADANI merupakan satu inisiatif penting untuk menghidupkan semula nadi Kuala Lumpur.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), menerusi siaran langsung di Facebook Anwar Ibrahim memaklumkan majlis peluncuran di ibu negara itu akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga melalui pemuliharaan budaya, sejarah, dan pengukuhan nilai komuniti sekali gus membina masa depan negara.

"Projek ini menjadi pemangkin kepada pembangunan berteraskan warisan kreativiti dan penglibatan komuniti ia juga bertujuan menjadikan juga akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar kreatif dan berkebudayaan yang bukan sahaja membina bangunan tapi juga membina jiwa dan jati diri warganya.

"Perdana Menteri melihat warisan KL sebagai lambang pemulihan jiwa sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan berasaskan nilai dan peradaban," katanya.

Perdana Menteri sebelum ini menegaskan pembangunan sesebuah kota tidak harus diukur semata-mata melalui pencakar langit atau projek mega, tetapi melalui nilai yang menyentuh kehidupan rakyat.

Warisan KL disifatkan sebagai manifestasi nyata prinsip Malaysia MADANI selain mencipta ruang pelaburan strategik negara dalam sektor pelancongan dan ekonomi kreatif, yang dijangka membawa limpahan manfaat kepada rakyat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI