fb fb fb fb fb

Daftar MYNIC elak kecurian maklumat dan identiti pengguna

PUTRAJAYA, 29 Mac - Kecurian maklumat dan identiti pengguna internet boleh dielak dengan memanfaatkan fungsi MYNIC yang diselaraskan sebagai jaminan dasar keselamatan dan kemudahan digital.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pendaftaran pengguna nama domain 'dot my' di bawah MYNIC dapat menjamin keselamatan jika berlaku penipuan.

(Datuk Zahidi Zainul Abidin ditemui selepas merasmikan The Asia Pacific Domain
Name System Forum (APAC DNS) 2022 di Putrajaya)

"Ini baru satu bidang, banyak bidang lagi yang akan dibincangkna oleh MYNIC bagaimana kita hendak tingkatkan dari segi dot my ini supaya ia lebih kemas dan lebih membantu rakyat dalam usaha mereka mendaftar MYNIC ini.

"Kebanyakan rakyat tidak tahu MYNIC ini apa jadi kita cuba beritahu rakyat kita akan adakan program bersama dengan rakyat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan The Asia Pacific Domain Name System Forum (APAC DNS) 2022 di sini.

Forum julung kali dianjurkan di Rantau Asia Pacific itu di bawah kendalian MYNIC dengan kerjasama Internet Corporation For Assignes Names And Numbers (ICANN).

Penganjuran secara maya itu dijangka menarik pernyertaan lebih 24 negara bermula 29 Mac hingga 1 April ini.

Media Baharu