fb fb fb fb fb

KKM dapat persetujuan naik ETAP bagi petugas kesihatan, pengumuman akan dibuat

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA, 24 April- Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendapat persetujuan untuk menaikkan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat nanti.

Selain itu beliau turut memaklumkan bahawa aspek kebajikan petugas kesihatan sentiasa diperjuangkan dan menjadi keutamaan baginya sepanjang mengemudi kementerian itu.

"Kita mendapat persetujuan. Cuma untuk mengumumkan jumlah itu saya pun diminta untuk menunggu berhubung pengumuman itu. Okay.

"Saya kata itu sangat penting. Perjuangan itu saya akan perjuangkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan di KKM di sini.

ETAP merupakan imbuhan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan dalam merawat pesakit semasa bertugas ‘on-call’ di hospital selepas waktu bekerja biasa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI