Pilihan raya: UMNO buka ruang rundingan kerjasama parti politik

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR, 29 Ogos UMNO membuka ruang rundingan dengan parti-parti politik yang berminat untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kepimpinan UMNO peringkat negeri dipersetujui mengadakan perbincangan dan rundingan dengan parti politik yang berminat.
  • Sebarang rundingan perlu berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukan ugutan atau gertakan.
  • Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Perhimpunan Agung UMNO 2026 pada 9 hingga 12 September didahului tiga program awam pada 8 September: Konvensyen Pendidikan Melayu, Multaqa Ilmuwan Islam, Laman Wanita Kreatif.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kepimpinan UMNO di peringkat negeri telah dipersetujui untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan mana-mana parti yang berminat menjalinkan kerjasama.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya kepimpinan UMNO di peringkat negeri mengadakan perbincangan dan rundingan dengan parti-parti politik yang berminat untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Sebarang rundingan dengan mana-mana parti bagi menjalinkan kerjasama dalam pilihan raya akan datang mestilah berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya ugutan atau gertakan,”katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di sini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 12 September ini akan didahului tiga program utama pada 8 September.

Program berkenaan ialah Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif.

Ketiga-tiga program itu terbuka kepada orang awam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.